KIDS PORTAL (IT'S SAFE)

http://www.portalbrain.com/kids" target="_blank">Kids" Portal - Your guide for the best on-line!

Bidvertiser is on

Tuesday, May 12, 2009

Selamatkanlah Perak Darul Ridzuan

Ya ALLAH,

Kau selamatkanlah Perak Darul Ridzuan dari unsur-unsur yang menderhakai Mu. Kau lapangkan seluas-luasnya pintu hati wakil yang dipilih untuk meletakkan syariat Mu mendahului perkara-perkara lain. Jangan Kau jadikan anak-anak watan Perak sebagai hamba Mu yang lagha. Jangan Kau benarkan tugas khalifah di Perak dipimpin oleh yang tidak mahu mengikut syariat Mu iaitu mereka yang menolak syariat Mu terang-terangan. Berikanlah keamanan dan keinsafan kepada semua umat di Perak agar mengerjakan segala suruhan Mu dan meninggalkan larangan Mu.

Ya ALLAH. Andainya permintaan ini terlalu besar, maka sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih besar dari Mu. Engkau Yang Maha Mendengar, Engkau Yang Maha Pengasih dan Engkaulah Yang Maha Penyayang.

AMIN YA RABBUL ALAMIN

Saturday, May 9, 2009

Hati Mati

Hal ini aku jumpa di sebuah laman web. Sebagai satu langkah memanjangkan usaha da'wah, aku meletakkan hal ini di blog aku. Semoga Allah swt memberkati kita semua.

Tanda-tanda hati mati:

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

  1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

  2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

  3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

  4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

  5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

  6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

  7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

  8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

  9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

  10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.
Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.


Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;

Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;
  1. Hubbul dunia (kasihkan dunia)

  2. Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)

  3. Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.

Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;
  1. Zuhud dengan dunia

  2. Zikrullah

  3. Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah