KIDS PORTAL (IT'S SAFE)

http://www.portalbrain.com/kids" target="_blank">Kids" Portal - Your guide for the best on-line!

Bidvertiser is on

Tuesday, May 12, 2009

Selamatkanlah Perak Darul Ridzuan

Ya ALLAH,

Kau selamatkanlah Perak Darul Ridzuan dari unsur-unsur yang menderhakai Mu. Kau lapangkan seluas-luasnya pintu hati wakil yang dipilih untuk meletakkan syariat Mu mendahului perkara-perkara lain. Jangan Kau jadikan anak-anak watan Perak sebagai hamba Mu yang lagha. Jangan Kau benarkan tugas khalifah di Perak dipimpin oleh yang tidak mahu mengikut syariat Mu iaitu mereka yang menolak syariat Mu terang-terangan. Berikanlah keamanan dan keinsafan kepada semua umat di Perak agar mengerjakan segala suruhan Mu dan meninggalkan larangan Mu.

Ya ALLAH. Andainya permintaan ini terlalu besar, maka sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih besar dari Mu. Engkau Yang Maha Mendengar, Engkau Yang Maha Pengasih dan Engkaulah Yang Maha Penyayang.

AMIN YA RABBUL ALAMIN

Saturday, May 9, 2009

Hati Mati

Hal ini aku jumpa di sebuah laman web. Sebagai satu langkah memanjangkan usaha da'wah, aku meletakkan hal ini di blog aku. Semoga Allah swt memberkati kita semua.

Tanda-tanda hati mati:

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

  1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

  2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

  3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

  4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

  5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

  6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

  7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

  8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

  9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

  10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.
Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.


Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;

Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;
  1. Hubbul dunia (kasihkan dunia)

  2. Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)

  3. Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.

Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;
  1. Zuhud dengan dunia

  2. Zikrullah

  3. Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah

Thursday, April 23, 2009

Mencarut

Hari ini aku sedih kerana memecah janji. Perkataan yang tak mahu dipacul sudah terpacul. Ah... sudahku salahkan kepada penyakit darah tinggi aku. Biarkan sahaja.

Kemudian aku mencarut lagi. Kali ini kerana beberapa otak yang kurang oksijen sedang menguji pandu motosikal dengan laju sambil menghirup oksijen dengan banyaknya. Sudah pukul 2 pagi oiii... balik rumah solat Isyak. Nasib kau baik Izrael tak bersidai sama dengan kau.

Akhirnya aku menyesal. Toke telaga dah tidur sambil melepas geram dengan aku. Dahagalah aku malam pagi ini...

Apalagi... tidurlah.

Monday, March 23, 2009

Good Ideas That Are Not Impossible

Good Idea..... Selalu orang berkata begitu bila dapat mencari jalan terbaik untuk sesuatu perkara. Pada masa ini, banyak perkara yang merunsingkan fikiran.

Contohnya:
  1. Ekonomi dunia merudum.
  2. Politik yang terlebih sehingga nasi yang dimakan rasa tidak sedap lagi.
  3. Duit yang tak cukup-cukup. Ramai yang cari duit setiap hari termasuk aku dan tak akan berhenti mencari sehingga Allah tarik nyawa.
  4. Bumi yang semakin bercelaru keadaan fizikalnya.
  5. Ruang waktu Solat yang semakin dihimpit dan dikelilingi dengan perkara remeh.
  6. Masa yang tak cukup. Tengah sibuk fikir nak bertaubat, tau-tau dah bertambah hari yang penuh dosa.
  7. Penyakit yang tak tahu kita ada sehingga terlambat. Kanser, diabetik, stress dan high blood, gemuk, jantung dll.
  8. Hati yang bertambah geram... Ada banyak sebabnya. Bila orang majusi, nasrani, yahudi dll sibuk 'banging' kat syariat Islam. Bila orang Melayu dijadikan contoh tak baik. Bila aku masuk kedai dan amoi asyik follow aku kat setiap 'aisle' macam aku nih muka pencuri... bangsa dia tak pulak dia follow. Bila 'ca ya nun alif' bercakap dengan aku macam aku nih pekerja buruh kasar dia... apahal...
  9. Anak-anak yang semakin membesar dan bakal bercampur dengan geng-geng sekolah yang kita tak tau backgroundnya.
  10. Orang-orang yang semakin susah membalas salam, lambaian, senyuman. Kalau ada pun mungkin separuh pura-pura.
  11. RTM nak buat lagi 11 channel kat TV. Campur astro, lagi ramai la yang tak ingat solat jemaah....
  12. Kuat makan!!!!
Itu baru sikit... mungkin listnya berlipat-lipat-lipat kali ganda kalau dihitung dari setiap individu.



Jadi... apakah jalan penyelesaiannya?

Lain kali aku tulis... sekarang anak aku tengah nangis.